Menurut Timbalan Perdana Menteri, kejayaan pertama adalah mesyuarat itu kini diadakan setiap tahun berbanding dwitahunan seperti dicadangkan di Kuala Lumpur sebelum ini.

“Acara tahunan ini dicadangkan kerana evolusi jenayah rentas sempadan kini berlaku begitu pantas dan sentiasa berubah,” katanya kepada para pemberita Malaysia di sini hari.

Beliau berada di sini bagi meng­hadiri AMMTC Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) kali kedua.

Mesyuarat empat hari di Hotel Conrad Manila di sini bertujuan mengukuhkan kerjasama dan stra­tegi negara-negara serantau dalam memerangi jenayah rentas sempadan.

Terdahulu Ahmad Zahid yang diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino kira-kira pukul 8 malam dan disambut oleh Duta Malaysia ke Filipina, Datuk Raszlan Abdul Rashid.

Ahmad Zahid berkata, cadangan Malaysia bagi pelan tindakan ASEAN mencegah jenayah rentas sempadan untuk tempoh 2016-2025 juga diterima negara ASEAN.

“Pelan itu kini diguna pakai se­telah mendapat persetujuan daripada negara ASEAN Julai lalu,” ujar­nya.

Menurutnya, SAMMRRVE yang dicadangkan Malaysia pada 2015 juga kini diteruskan di AMMTC.

“Ini sejajar dengan resolusi Maj­lis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2178 mengenai pergerakan pejuang asing termasuk Daesh.

“Mesyuarat ini diteruskan ber­­ikutan perkembangan yang berlaku di Marawi, Filipina sejak Mei,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan menyerahkan tugas sebagai Pengerusi AMMTC kepada Filipina pula apabila mesyuarat itu dirasmikan pembukaannya esok.\

Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/nasional/ammtc-capai-kejayaan-8211-tpm-1.528515#