Biarpun berlainan agama, ketuanan Melayu khususnya dalam bentuk keagamaan dititikberatkan di dalam Malindo MBCC.
Ketua Pengarah Malindo MBCC, Profesor Dato’ Seri Dr Alex Ong berkata, beliau sentiasa menganjurkan solat berjemaah serta bacaan Yassin dan juga doa selamat di Wisma Malindo MBCC.
“Ini merupakan program yang selalu diadakan bagi menghidupkan ketuanan Melayu khususnya dalam menganjurkan program keagamaan.
“Walaupun kita berbeza agama tetapi saya tetap mendukung dan memberi ruang kerana ini merupakan aktiviti sangat baik lagipun di Malaysia sangat unik apabila orang beragama Islam dapat berkawan dengan agama lain secara aman,” katanya pada Majlis Doa Selamat di Wisma Malindo MBCC, di sini.
Sebelum itu turut diadakan tazkirah yang disampaikan Adun Meru iaitu Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, rektor UNP dan juga Abdul Halim.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad, Rektor serta Timbalan Rektor 1, 2, 3 dan 4 Universitas Negeri Padang.
Dalam masa sama Alex menyeru kepada semua masyarakat khususnya rakyat supaya bersama bergabung bagi mewujudkan perpaduan dalam usaha menghidupkan budaya dan memajukan negara selain membantu negara tingkatkan lagi ekonomi ke arah lebih maju dan makmur.
Tamat.
Keterangan gambar:
Tetamu menghidupkan ketuanan Melayu dengan mengadakan program keagamaan yang digerakkan oleh Alex sendiri.