KUCHING: Peluang mendapatkan akses pendidikan ke peringkat lebih tinggi sepatutnya tidak lagi menjadi isu, malah dipermudahkan kerana memberi impak besar dalam merencana pertumbuhan sosioekonomi lebih mapan di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

EXCO Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), Abang Abdul Aziz Abang Rauf, berkata tindakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melonggarkan syarat pemberian biasiswa kepada pelajar luar bandar daripada keluarga B40 disifatkan bertepatan pada masanya.

“Ketika era digital menerusi Revolusi Industri 4.0, sewajarnya peluang pendidikan tidak lagi menjadi isu. Kita bukan lagi berada pada zaman kolonial yang mana akses pendidikan begitu sempit, sepatutnya kemudahan pendidikan dilaksana berasaskan konsep ekuiti mengikut taraf ekonomi keluarga masing-masing.

“Andai peluang pendidikan dilaksanakan mengikut konsep sama rata, ini menyebabkan pelajar di luar bandar dan pedalaman terus keciciran kerana jurang pendidikan berkualiti masih besar, berbanding di kawasan bandar,” katanya kepada BH, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang melonggarkan syarat pemberian biasiswa kepada pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) ditetapkan sekurang-kurangnya mendapat empat kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berbanding lima kredit sebelum ini.

Abang Abdul Aziz berkata, tindakan MARA membuka ruang lebih besar kepada golongan Bumiputera Sarawak untuk berjaya, sekali gus keluar daripada kitaran kemiskinan yang tidak berkesudahan kerana kekangan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

“Lebih penting, kelonggaran syarat biasiswa terbabit menyediakan jalan lebih luas kepada pelajar miskin di luar bandar dan pedalaman meningkatkan kemahiran modal insan,” katanya.

Katanya, hanya menerusi akses pendidikan berkualiti menjadi satu-satunya jalan keluar untuk masyarakat luar bandar dan pedalaman di negeri ini keluar secara kekal daripada terus dibelenggu kemiskinan.

Disadur dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/344204/akses-pendidikan-rancakkan-sosioekonomi-luar-bandar

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *