19 SEPT: Tiga pemimpin akar umbi menuntut DAP mempamerkan senarai nama yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dijadualkan pada bulan depan.
Timbalan Pengerusi Cawangan Taman Ehsan, Klang, L Pannerselvam, Timbalan Pengerusi Taman Murni, Sepang, A Thirumalvalavan dan bekas Pengerusi Bagan Luar, Pulau Pinang G Asoghan menyerahkan memorandum itu yang dihantar kepada wakil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pagi tadi di Putrajaya.
“Kami sudah hilang kepercayaan kepada DAP yang mengadakan pemilihan tanpa mempamerkan senarai nama,” katanya.
Berdasarkan kepada tuntutan itu, ketiga-tiga mereka mahu senarai nama, kad pengenalan dan cawangan 2,576 perwakilan berdasarkan senarai nama pada 2012 dipamerkan di dalam akhbar serta portal berita tempatan sebelum pemilihan bermula.
Tegas Pannerselvam, senarai itu bagi membolehkan DAP menjalankan pemilihan CEC secara telus untuk mengelak senarai nama perwakilan tidak dipertikaikan.
Menurutnya, pada pemilihan 2013, parti serpihan PAP itu didakwa membawa 120 cawangan tambahan sebagai undi hantu.
Pada 17 Julai, DAP menerima surat daripada RoS yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.
Arahan itu dikeluarkan berikutan pemilihan parti pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013 tidak diiktiraf.
Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dilaporkan berkata pemilihan semula dicadangkan pada 10 September, bagaimanapun RoS belum memberikan sebarang keputusan sejak permohonan itu dihantar pada Ogos lalu.
Disadur dari : https://www.bnbbc.my/akar-umbi-desak-dap-pamer-senarai-layak-undi/