Majlis pengagihan tablet tersebut di Pejabat Pendidikan Daerah, Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru di sini hari ini dirasmikan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Datuk Abu Bakar Mat Ali.
Pegawai Pendidikan Daerah Kerian, Abd. Wahid Ramli berkata, pemberian tablet oleh Kementerian Pendidikan itu diharap dapat digunakan oleh para guru dalam melakukan transformasi bagi penyediaan rancangan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
“Seiring dengan peredaran zaman yang menyaksikan penggunaan gajet serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kita tidak seharusnya ketinggalan.
“Oleh itu, pemberian tablet ini harus dimanfaatkan sepenuhnya dengan menyesuaikan gaya penyampaian seiring dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, Mohd. Rosli Ahmad dan Penolong Pengurus Kewangan Kawalan Kredit Jabatan Kewangan Utusan Melayu (M) Berhad, Azman Musa.
Disadur dari : www.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/3-528-tablet-diagih-kepada-guru-daerah-kerian-1.528722