Rektor Universitas Negeri Padang Bapak Prof Ganefri PhD , telah diterima untuk berkunjung hormat kepada Dato Seri Anwar Ibrahim ditempat pertemuan beliau di Bukit Gasing. Turut serta dalam rombongan adalah Bapak Fahmi Idris Mantan Menteri Republik Indonesia, Adjunct Professor Dato Sri Dr. Alex Ong sebagai perwakilan kepada gubernur sumatera barat dan juga rombongan Universitas Negeri Pada yang mengiringi Bapak Rektor UNP

Pertemuan sekitar 1 jam telah memperlihatkan suatu perkara yang positif dalam konteks membangunkan pendidikan dan sosial budaya antara Negara Malaysia dan Padang Indonesia. Rektor dan juga pemerintah sumatera barat melafazkan undangan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim agar berkunjung kerana ramai orang minang yang merupakan pendukung kepada Anwar Ibrahim ingin melihat dengan lebih dekat dan sangat bangga dengan bakal kehadiran beliau dan Anwar Ibrahim juga tidak berhenti dipuji oleh para rombongan diatas pengalaman serta ketokohan yang ada pada beliau.

Gubernur sumatera barat sangat gembira dan mengundang dato seri anwar ibrahim berkunjung setelah kestabilan kesihatan beliau dan bersedis untuk menerima kunjungan beliau dan rombongan dalam waktu yang tidak lama. Perwakilan Gubernur Sumatera Barat di Malaysia Dato Sri Dr Alex Ong sempat memperkenalkan menu makanan padang antaranya rendang padang manakala bapak rektor UNP juga sempat memperkenalkan budaya adat serta ikon pelancongan seperti rumah puisi dan juga keindahan bukit tinggi yang bakal dikunjungi oleh rombongan Dato Seri Anwar Ibrahim saat beliau menjejak kaki ke bumi minangkabau nanti. Anwar ibrahim menyambut baik dan bersetuju untuk berkunjung ke padang dalam waktu yang tidak lama. Masyarakat minang juga menunggu kedatangan bapak reformasi Negara beserta rombongan dengan bangganya.

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *